(Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PARA SUKMA Ke-20 di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis)
KANGAR, 29 Oktober- Kontinjen Perlis mensasarkan keseluruhan 25 pingat termasuk 10 pingat emas pada temasya Sukan PARA SUKMA ke-20 di Kuala Lumpur yang akan berlangsung mulai 1 hingga 6 November depan.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Mohd Hanaffi Abdul Rahman, pingat-pingat tersebut disasarkan dalam acara ping pong, boling padang, tenpin boling, angkat berat, badminton dan olahraga.
Seramai 42 atlet dan 21 pegawai akan membawa cabaran Perlis ke temasya tersebut.
Beliau memaklumkannya pada Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PARA SUKMA Ke-20 di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Kerajaan negeri turut menyediakan insentif berjumlah RM40,000 kepada pemenang pingat emas, perak dan gangsa.
(Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen PARA SUKMA Ke-20 di Kompleks Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis)