fb fb fb fb fb

Noaa Laine sertai Selangor FC

Foto FB selangorfc

KUALA LUMPUR, 10 Februari - Bintang muda Bolasepak negara, Nooa Hamzah Laine sah menjadi rekrut terbaharu Selangor FC secara pinjaman untuk mengharungi saingan musim baharu.

Dengan menyarung jersi nombor 6, Laine menjadi pemain kelima yang dibawa masuk.

The Red Giants mencapai kata putus bersama kelab dari Finland, SJK Seinajoki untuk meminjam Laine bagi tempoh setahun.

Laine turut diberi pilihan untuk dibeli secara tetap seandainya pemain berjaya menarik perhatian pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe.

Cheng Hoe menyifatkan, Laine mengharungi pembangunan bakat muda yang cukup hebat di Finland.

Cheng Hoe turut berkata Laine dilengkapi keupayaan teknikal dan sifat serba boleh yang cukup berguna.

Berdasarkan rekod, pada 2022, Laine membantu skuad negara Bawah 23 tahun layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 di Qatar.

Lebih cemerlang, Laine berjaya menambat hati Kim Pan-gon untuk bersama skuad senior pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan, tahun lalu.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD