LONDON, 9 Disember-Bekas pemain sayap Portugal dan Manchester United, Nani mengumumkan persaraan pada usia 38 tahun selepas lebih dua dekad mencipta nama di pentas antarabangsa.
Nani, yang menyertai Manchester United pada tahun 2007, mencatatkan 230 penampilan dan menjaringkan 41 gol untuk kelab tersebut.
Sepanjang lapan musim bersama Red Devils, beliau berjaya merangkul trofi Liga Juara UEFA pada musim pertamanya, empat gelaran Liga Perdana Inggeris, dan dua Piala Liga.
"Masa untuk mengucapkan selamat tinggal telah tiba. Saya telah memutuskan untuk menamatkan karier saya sebagai pemain profesional.
"Ia adalah perjalanan yang luar biasa, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap individu yang telah membantu dan menyokong saya melalui saat-saat suka dan duka sepanjang kerjaya.
"Kini tiba masanya untuk membuka lembaran baru dan fokus kepada matlamat serta impian yang seterusnya. Jumpa lagi!", katanya menerusi kenyataan di media sosial.
Nani, yang bermain untuk kelab tanah airnya, Estrela Amadora, dalam Liga Primeira Portugal musim ini, menutup tirai kariernya dalam perlawanan terakhir menentang bekas kelabnya, Sporting Lisbon, bulan lalu.-REUTERS.