fb fb fb fb fb

Muhaizar mahu beraksi kembali di Sukan SEA 2025

Pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA, Muhaizar Mohamad berhasrat kembali beraksi di Sukan SEA 2025

KUALA LUMPUR, 10 Oktober-Pemenang dua pingat gangsa Sukan SEA, Muhaizar Mohamad, kini berhasrat untuk beraksi semula di Sukan SEA 2025, di Thailand.

Keyakinannya semakin meningkat selepas menjuarai maraton terbuka lelaki di Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2024 baru- baru ini.

Beliau juga berusaha untuk mengatasi catatan pemenang gangsa Sukan SEA 2023, Hoang Nguyen Thanh, yang mencatat 2-jam 35-minit 49-saat.

Muhaizar mengakui kejayaannya merampas semula gelaran juara KLSCM adalah hasil usaha gigihnya dalam latihan.

Dalam perlumbaan itu, beliau mengatasi Muhamad Haziq Hamzah, yang menduduki tempat kedua dengan catatan 2 jam 41 minit 38 saat.

Kejayaan itu meletakkan Muhaizar dalam prestasi terbaik untuk meneruskan cabaran Malaysia di pentas antarabangsa.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD