fb fb fb fb fb

Martial tinggalkan Manchester United

Penyerang Manchester United, Anthony Martial/Foto REUTERS

LONDON, 28 Mei -Penyerang Manchester United, Anthony Martial akan meninggalkan kelab berkenaan apabila kontraknya tamat pada hujung bulan Jun ini, kata penyerang tersebut pada Isnin.

Martial yang tiba di Old Trafford dari AS Monaco pada 2015 dan sejak itu telah menjaringkan 90 gol dalam 317 perlawanan untuk skuad 'Red Devils' tersebut.

Pemergian pemain berkenaan daripada kelab tersebut sudah dijangkakan memandangkan dia sering bergelut dengan kecederaan sepanjang musim dan tidak bersama-sama pasukan berbulan-bulan lamanya.

Martial turut tidak disenaraikan ketika menang 2-1 menentang Manchester City pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu lalu.

Martial dalam kenyataan yang dimuat naik di Instagramnya menganggap kerjayanya di kelab berkenaan sebagai sesuatu yang mengagumkan.

"Dengan penuh emosi, saya mengucapkan selamat tinggal selepas sembilan tahun di kelab ini. Masanya telah tiba untuk saya memulakan lembaran baharu dalam karier saya", kata Martial.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD