MANCHESTER, 8 April- Liverpool mencatatkan keputusan seri 2-2, berdepan skuad The Red Devils pada Ahad, meletakkan pasukan itu di belakang pendahulu Liga, Arsenal dengan 71 mata.
Aksi yang berlangsung di Old Trafford menyaksikan skuad Jurgen Klopp membuka tirai jaringan seawal minit ke-23.
Penyerang, Luiz Diaz menyempurnakan tandukan Darwin Nunez untuk menewaskan penjaga gol, André Onana.
Bagaimanapun, Liverpool mensia-siakan peluang di depan apabila pemain muda, Jarell Quansah, 21, melakukan kesilapan hantaran sekali gus dimanfaatkan bekas kapten Manchester United, Bruno Fernandes.
Bruno merembat deras peluang itu dari jauh, kira-kira jarak 50 ela, selepas melihat penjaga gol dari Ireland, Caoimhin Kelleher itu berada di luar posisinya.
Gol yang terhasil pada minit ke-51, merapatkan kedudukan United, 1-1 dengan The Reds.
Klopp yang marah dengan situasi cuai itu, dihukum lagi dengan jaringan cantik Kobbie Mainoo pada minit ke-67, lencongan tepat ke arah kiri gawang gol.
Liverpool terselamat daripada kekalahan selepas Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti untuk seri 2-2, selepas Aaron Wan-Bissaka menjatuhkan Harvey Elliot dalam kotak penalti.
Pasukan Klopp, yang berada satu mata di depan Manchester City di tempat ketiga, mempunyai baki tujuh perlawanan untuk merombak Arsenal ketika mereka memburu kejuaraan Inggeris ke-20.
"Kami sepatutnya memenangi perlawanan, itu jelas. Kami sepatutnya mempunyai gol lain pada separuh masa pertama. Kami jatuh terlalu dalam."
"Seluruh komuniti Liverpool hanya bertenang. Kami berada di mana kami perlu berada dan kami terus mencubanya.
"Adakah saya berharap kami mempunyai perbezaan 10 mata? Sudah tentu. Kami berada dalam perlumbaan dan saya baik-baik saja dengannya," kata Klopp.
"Emosi yang sangat bercampur-campur. Kami perlu menyalahkan diri sendiri kerana melakukan kesilapan bodoh."
"Sebaliknya saya sangat berbangga. Anda lihat bagaimana kami bertambah baik dan potensi skuad ini sangat mengagumkan," tambah pengendali United, Erik ten Hag.