fb fb fb fb fb

LTDL 2024: Pentas Pakar Pecut kembali bersinar pada Peringkat Ke-4

LTDL 2024

KUALA KUBU BHARU, 2 OKTOBER - Perlumbaan Le Tour De Langkawi, LTDL 2024 meneruskan saingan peringkat keempat dari Kuala Kubu Bharu ke Bentong sejauh 131.2 kilometer (km).

Laluan kali ini menawarkan satu zon pendakian Kategori 1 setinggi 865 meter (m) di kilometer 39.3.

Pakar pecut setiap pasukan berpeluang memunggut mata dengan 3 zon pecutan ditawarkan di kilometer 73.5, kilometer 85.1 Sungai Ruan dan kilometer 94.6 Sungai Klau.

125 pelumba termasuk 52 pelumba Asia dan 17 wakil negara akan dilepaskan pada pukul 11.30 pagi di Jalan Dato' Muda Jaafar, Kuala Kubu Bharu.

Kesemua pelumba akan menuju ke Dataran Bentong, Pahang dijangka tiba di garisan penamat pada pukul 2.26 petang

Pelumba DSM-Firmenich PostNL Max Poole akan memimpin perlumbaan selaku pendahulu keseluruhan selepas Peringkat ke-3 dari Taiping ke Cameron Highlands.

Kedudukan ini dijangka akan berubah selepas tamat perlumbaan kerana Poole hanya memiliki kelebihan lima saat dibelakang pakar pendakian Astana Qazaqstan Team, Harold Martin dan Lopez Thomas Pesenti dari JCL Team UKYO

Namun Poole berpeluang mempertahankan Jersi Raja Bukit yang diraih sebelum ini jika pelumba Britain itu meraih mata maksimum di zon pendakian tunggal perlumbaan.

Gelaran Pakar Pecut dan Pelumba Terbaik Asia milik Matteo Malucelli dan Manabu Ishibashi daripada pasukan JCL Team UKYO dijangka kembali menjadi rebutan semua pasukan selepas tamat saingan.

Trainee2