fb fb fb fb fb

Liga Super: Selangor gah di laman sendiri

Foto BERNAMA

PETALING JAYA, 11 Ogos-Selangor FC terus cemerlang di laman sendiri dengan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan Darul Naim (KDN) FC di Stadium MBPJ pada Sabtu.

Pada perlawanan berkenaan, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dengan masing-masing saling menyerang bagi memburu gol.

Namun, kekebalan pertahanan kedua-dua pasukan menyaksikan tiada sebarang jaringan dihasilkan pada separuh masa pertama perlawanan.

Bagaimanapun selepas memasuki babak kedua, Selangor FC membuka tirai jaringan minit ke-66 menerusi penyerang import Ronnie Fernández.

Jaringan menerusi hantaran daripada Reziq Bani Hani untuk meletakkan Selangor dihadapan 1-0.

Ronnie meletakkan namanya selaku penjaring apabila mudah menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-85.

Kedudukan itu terus memihak kepada Selangor FC dan kekal hingga ke wisel penamat.

Kemenangan berkenaan sekali gus meletakkan Selangor FC di kedudukan kedua Liga dengan 16 mata selepas lapan perlawanan. Manakala Kelantan Darul Naim (KDN) FC di tangga tercorot dengan memungut tiga mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD