(Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne (kiri) diasak pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos pada aksi separuh akhir pertama bola sepak Liga Juara-Juara Eropah/AFP)
UNITED KINGDOM, 27 April - Manchester City menang tipis 4-3 ke atas Real Madrid dalam saingan separuh akhir pertama bola sepak Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Etihad, awal pagi tadi.
Kevin De Bryune dan Gabriel Jesus masing-masing meletakkan City dua gol di depan sebelum Real bangkit menerusi jaringan pertama Karim Benzema.
Phil Foden sekali lagi melebarkan jaringan namun Real kembali mengekori dengan gol kedua daripada Vinicius Junior.
(Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois menghadang bola pada aksi separuh akhir pertama bola sepak Liga Juara-Juara Eropah di antara Manchester City dan Real Madrid/AFP)
Bernando Silva kemudian melengkapkan jaringan Citizens sebelum Benzema menggandakan gol peribadinya, hasil sepakan penalti.
Kedua-dua pasukan itu akan bertemu sekali lagi pada perlawanan timbal balik, Khamis depan. - AFP