fb fb fb fb fb

KPM dan KBS perkenal Liga Tunas Malaysia, lahirkan bakat baharu bola sepak negara

PUTRAJAYA, 19 Julai - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam membantu melahirkan bakat baharu bola sepak negara bagi melonjakkan ekonomi khususnya dalam industri sukan tanah air.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata bagi merealisasikan misi itu pihaknya dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tampil memperkenalkan satu lagi program pembangunan akar umbi dikenali sebagai Liga Tunas Malaysia.

(Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin)

"Kali ini apa yang dilaksanakan oleh KBS bersama KPM ialah di mana sekolah-sekolah lapan tertinggi dalam setiap daerah diberi ruang untuk bertanding dalam liga yang kita lancarkan ini.

"Ini usaha yang dibuat oleh KBS bersama-sama dengan kami untuk melahirkan pelapis-pelapis bola sepak kebangsaan pada masa akan datang termasuklah utk pasukan kebangsaan, Harimau Malaya," katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Liga Tunas Malaysia di Stadium Mini Pancarona, di sini.

Liga Tunas Malaysia merupakan inisiatif baharu rentas kementerian dengan hasrat memupuk minat dan mengaktifkan komuniti akar umbi bagi menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan menjelang tahun 2030.

Media Baharu