(Lim Kok Leong hadiah emas ke-23)
HANOI, 18 Mei- Malaysia meraih pingat emas Ke-23 menerusi atlet Lim Kok Leong yang memenangi acara snuker dan billiard 6-Red perseorangan lelaki.
Kok Leong memastikan pingat emas Sukan SEA acara perseorangan 6-Red snuker lelaki itu kekal dalam genggaman Malaysia, dengan memenangi pingat itu di Ha Dong Gymnasium, pada malam Selasa.
Kok Leong menghadiahkan pingat emas itu buat kontinjen Malaysia menewaskan atlet Filipina, Jefrey Roda 5-3 (38-0, 0-55, 53-0, 0-66, 30-0, 33-40, 43-0, 41-18) pada aksi final.
Gangsa dimenangi secara bersama rakan seperjuangan Kok Leong, Moh Keen Hoo dan Suchakree Poomjang dari Thailand.
(Kok Leong dan Keen Hoo pernah memenangi pingat emas beregu pada edisi Filipina 2019/FOTO FAIL BERNAMA)
Terdahulu pada separuh akhir, Kok Leong mengalahkan Suchakree Poomjang dari Thailand 5-2, manakala Jefrey mengalahkan seorang lagi pemain Malaysia Moh Keen Hoo 5-3.
Keputusan itu menjadikan empat pingat emas berjaya diperoleh kontinjen Malaysia bagi acara snuker.
Kok Leong dan Keen Hoo pernah memenangi pingat emas beregu pada edisi Filipina 2019.
Kemenangan itu juga sekali gus mengulangi pencapaian Thor Chuen Loong pada Sukan SEA Myanmar 2013.
Acara ini dipertandingkan di Sukan SEA, kali pertama pada 2007.