fb fb fb fb fb

KLSC rekod hasil sewaan tertinggi, lebih RM10 juta

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 November- Kuala Lumpur Sport City (KLSC) merekodkan RM10.467 juta hasil sewaan venue, setakat Oktober tahun ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata ia jumlah tertinggi yang direkodkan, setakat ini.

"Sehingga Oktober, sebanyak RM2.147 juta hasil sewaan venue telah direkodkan melibatkan 26 penganjuran acara sukan di KLSC.

Bagi tempoh sama, sebanyak 54 penganjuran bukan sukan telah direkodkan melibatkan kutipan hasil sewaan venue sebanyak RM8.5 juta iaitu empat kali ganda hasil sewaan penganjuran acara sukan," kata Hannah di Parlimen, hari ini.

Tambah Hannah, pelbagai inisiatif sudah dilaksanakan pihaknya dalam menambah baik dan menaik taraf padang khususnya di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan bola sepak.

Pihak KBS turut menghargai sokongan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam usaha meningkatkan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil terutama dalam penyelenggaraan padang bola sepak.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM