fb fb fb fb fb

Kim Pan Gon perlu bantu Harimau Malaya mara ke final Sukan Sea Hanoi

 

SELANGOR, 23 Januari - Sekurang-kurangnya mara ke Final Sukan SEA Vietnam.

Itu sasaran minimum wajar diletakkan kepada Jurulatih baharu Skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon.

Menurut Pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustafa sasaran itu berdasarkan pengalaman luas dimiliki beliau selaku Pengarah Pasukan Kebangsaan Persatuan Bola Sepak Korea (KFA).

Jelas Mohd Sadek, misi itu mampu dicapai dengan komitmen penuh dari semua pihak.

"Beliau (Pan Gon) akan datang pada Februari depan. Sukan SEA hanya beberapa bulan akan datang begitu juga kelayakan Sukan Asia.

"Dengan senario yang tidak begitu mesra pada pasukan Malaysia...dengan pemilihan pemain yang macam-macam karenah, dengan keadaan kita baru nak memulakan Liga.

"Adakah pemain-pemain yang sedia ada sanggup menghadapi cabaran tersebut, " katanya kepada RTM pada Sabtu.

Pan Gon dijangka tiba bersama empat staf teknikal iaitu pembantu jurulatih, jurulatih penjaga gol, pegawai kecergasan dan penganalisis.


Media Baharu