fb fb fb fb fb

Kemenangan dua kali Young Tigers ke atas New Zealand beri petanda positif

Ketua Jurulatih Pasukan Hoki Malaysia B21 Nor Saiful Zaini Nasiruddin berpuas hati dengan prestasi pasukan /BERNAMA

JOHOR BAHRU, 18 Oktober- Aksi konsisten pasukan hoki remaja negara sepanjang kejohanan menonjolkan peningkatan, terutama selepas menundukkan New Zealand dua kali berturut-turut.

Kemenangan itu sekali gus menjadi petanda positif menjelang Kejohanan Piala Dunia Remaja di India bulan depan, walaupun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki.

Ketua Jurulatih Hoki Remaja Negara, Nor Saiful Zaini berpuas hati dengan prestasi semasa pasukan.

"Saya rasa persediaan kami setakat ini baik, walaupun masih ada kelemahan terutama dari segi memenangi perlawanan menentang pasukan kuat seperti Australia, Britain dan India, kami tidak jauh sangat daripada mereka, cuma belum cukup untuk menang,” katanya selepas perlawanan penentuan tempat kelima di sini hari ini.

Mengulas aksi ketika menentang New Zealand, beliau berkata skuad remaja negara beraksi dengan lebih tenang tanpa tekanan dan menghukum kelemahan pasukan lawan yang tidak dapat mengekalkan tempo permainan disebabkan cuaca panas.

Beliau turut memaklumkan, skuad negara akan mengadakan beberapa perlawanan pemanas badan termasuk menentang Ireland, sebagai persiapan akhir sebelum berangkat ke India.

Ketika ini, 25 pemain telah disenaraikan dalam skuad latihan dan 20 pemain terbaik bakal dipilih.

SITI NOORAIN ABDULLAH