fb fb fb fb fb

Kemelut Zii Jia - BAM jangan biar berlarutan jejas mental dan fokus pemain



PUTRAJAYA, 23 Januari
- Mental dan fokus pemain dalam kem badminton kebangsaan boleh terkesan akibat konflik antara Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia.

Perkara tersebut diakui Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Negara, Wong Choong Hann.

Jelas Choong Hann, beliau dan barisan kejurulatihan di BAM akan memastikan isu berkenaan tidak berlarutan sehingga menggugat prestasi pemain dengan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembinaan bakat.

"Pemain mungkin akan rasa terganggu tetapi kita telah diberikan tanggungjawab untuk membina semua pemain dan sudah tentu selama Zii Jia dalam jagaan kita, beliau dijaga dengan sepenuh komitmen.

"Ini tidak bermaksud kita mengabaikan yang lain dan ini tidak menjadi masalah bahawa hanya sekarang kita akan mengalihkan tanggungjawab atau penelitian kita kepada pemain lain, kita teruskan kerja seperti biasa sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menamatkan Larian Bendera Wilayah Persekutuan dan Queen’s Baton Sukan Komanwel 2022, di sini hari ini.

Media Baharu