fb fb fb fb fb

KDA FC B adakan siri Jelajah Lembah Klang perkuat pasukan

Foto FB kdafc.my

ALOR SETAR, 25 April- Pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC B akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan sempena siri Jelajah ke Lembah Klang bermula Jumaat ini.

Ia sebagai persiapan menjelang sepak mula Kejohanan Piala MFL musim 2024/2025.

KDA FC B akan memulakan siri jelajah dengan bertemu Malaysian University Football Team di Stadium USIM, Nilai pada Jumaat ini.

Manakala perlawanan kedua, KDA FC B akan menentang Army Football and Futsal Association (AFFA) di Padang B, Kem Batu Kentonmen, Kuala Lumpur pada 28 April.

Pasukan bimbingan Mohamad Khairul Ismail akan mengakhiri siri jelajah dengan bertemu Armed Forces FC di Padang Bola Sepak Mindef, Kuala Lumpur pada 30 April.

Bagi menghadapi saingan Piala MFL musim ini, barisan pengurusan KDA FC B diperkuatkan dengan kehadiran beberapa bekas pemain lagenda negeri itu.

Antaranya, Baddrol Bakhtiar yang dilantik sebagai pengurus pasukan dan Shafizan Hashim sebagai koordinator pasukan yang baharu.

Kemasukan bekas pemain-pemain berkenaan diharap dapat menyuntik motivasi buat pemain dalam memberi saingan pada tahap terbaik menjelang musim baharu nanti.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD