fb fb fb fb fb

Julien Stephan kembali latih Stade Rennais

Julien Stephan / Foto Reuters

PARIS, 20 November - Stade Rennais telah melantik Julien Stephan sebagai pengurus bagi menggantikan Bruno Genesio yang meletak jawatan atas sebab peribadi, kata kelab Liga 1 itu pada Ahad.

Genesio yang berusia 57 tahun telah menjadi pengurus Rennes sejak 2021, mengambil alih tugas daripada Stephan yang kini kembali ke kelab yang dikemudikannya mara ke Liga Juara-Juara buat pertama kalinya pada 2020.

“Bruno Genesio meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih Stade Rennais F.C., dia akan digantikan oleh Julien Stephan,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

"Dengan persetujuan bersama dengan Stade Rennais F.C., dan atas sebab peribadi, Bruno Genesio meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih," katanya.

Rennes kini berada di tangga ke-13 Ligue 1 dengan 12 mata daripada 12 perlawanan. Mereka bakal bertemu Reims dalam perlawanan seterusnya Ahad depan.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN