fb fb fb fb fb

Harimau Malaya mampu julang Piala Raja Thai

(Pemain skuad Harimau Malaya menjalani latihan menjelang pertemuan menentang Tajikistan 
menjelang saingan akhir Piala Raja Thai di Stadium Chiang Mai, malam ini/ Foto FB FAM)

CHIANG MAI, 25 September - Biar pun hanya kejohanan jemputan, namun kemenangan sudah pasti akan menjadi saat manis buat skuad Harimau Malaya sekiranya dapat menjulang semula Piala Raja Thai.

Skuad kendalian Kim Pan Gon kini hanya selangkah untuk merealisasikan impian itu apabila turun berdepan Tajikistan dalam saingan akhir Piala Raja Thai di Stadium Chiang Mai, malam ini.

Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan percaya mereka mampu untuk menamatkan kemarau 44 tahun dengan memenangi kembali piala tersebut.

Pemain kacukan Malaysia Australia itu menyeru rakan sepasukan memberikan persembahan 100 peratus memandangkan ia merupakan perlawanan yang sukar.


(Pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan/ Foto FB FAM)

"Ia sangat mengujakan bagi para pemain untuk berada di saingan akhir, ia menunjukkan bahawa prestasi yang kami lakukan di atas padang menentang Thailand adalah pencapaian yang menakjubkan untuk pemain, kami melakukannya dengan sangat baik tetapi ia bukan penamat, kami datang ke sini untuk mempamerkan prestasi yang baik dan hasilnya akan datang daripada prestasi yang baik itu," jelas beliau.

Malaysia pernah memenangi Piala Raja Thai sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1972, 1976, 1977 dan kali terakhir pada tahun 1978 apabila menewaskan Singapura 3-2.

Media Baharu