fb fb fb fb fb

Hadi Fayyadh kembali jalani latihan bersama skuad B-23 negara

KUALA LUMPUR, 27 April - Penyerang muda, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak kembali menjalani latihan bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) negara buat pertama kali menjelang Sukan SEA di Hanoi, bulan depan.

Ia setelah lebih dua tahun beliau berkelana di negara Jepun.

Pemain berusia 22 tahun itu yang mengalami kecederaan kaki tahun lepas, terbang ke Kuala Lumpur dari Jepun pada Isnin sejurus selepas membuat penampilan sulung saingan divisyen tiga Liga J3 bersama Azul Claro Numazu, Khamis lepas.

Kepulangannya untuk menyertai sesi latihan skuad kebangsaan malam tadi menggembirakan ketua jurulatih kebangsaan, Brad Maloney.


(Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak/Foto fail)

Selain Hadi Fayyadh, muka baharu Nooa Laine yang kini beraksi bersama kelab Liga Finland SJK Seinajoki turut melaporkan diri semalam.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B pada Sukan SEA Hanoi dijadual berdepan Thailand pada 7 Mei, Laos 11 Mei, Singapura pada 14 Mei dan Kemboja 16 Mei di Stadium Thien Truong Stadium, Nam Dinh untuk merebut dua slot ke separuh akhir.

Media Baharu