fb fb fb fb fb

Dua gol Messi bantu Inter Miami ke suku akhir Piala Liga

(FOTO AFP)

FRISCO, 7 Ogos - Dua jaringan Messi membantu menyelamatkan maruah Inter Miami sekali gus memenangi perlawanan setelah terikat 4-4 ketika menentang FC Dallas pada perlawanan 16 terbaik Piala Liga.

Pada perlawanan yang mendebarkan itu, Inter Miami ketinggalan 4-2 pada aksi yang hanya berbaki 10 minit itu sebelum melakukan kebangkitan menarik bagi menyamakan kedudukan 4-4 menerusi gol cantik hasil sepakan Messi.

Kedudukan seri sehingga tamat perlawanan menyebabkan keputusan ditentukan melalui sepakan penalti.

Pada penentuan penalti itu, Inter Miami berjaya menyempurnakankelima-lima sepakan tersebut, manakala pemain FC Dallas, Paxton Pomykal gagal menyempurnakan sepakan bagi membolehkan Inter Miami mara ke suku akhir dan akan bertemu pemenang di antara Huston Dynamo dan Charlotte FC.

Pengurus Inter Miami, Tata Martino berkata kebangkitan menakjubkan yang ditunjukan oleh anak-anak buahnya pada separuh masa kedua menunjukkan kemampuan sebenar pasukan berkenaan.

"Saya berasakan FC Dallas bermain sangat baik pada setengah jam pertama permainan.

"Pada separuh masa kedua, kami (Inter Miami) bangkit menunjukkan watak sebenar bagi memenangi perlawanan", katanya kepada Apple TV.

Setakat ini, Messi telah menjaringkan tujuh gol buat Inter Miami pada empat penampilannya bersama pasukan berkenaan-AFP


(Aksi Lionel Messi ketika menyudahkan sepakan penalti menentang FC Dallas/FOTO AFP) 

Media Baharu