(Gelagat Djikovic selepas menewaskan wakil Britain, Cameron Norrie/ AFP)
LONDON, 9 Jun- Pilihan utama, Novak Djokovic menempah pertemuan final Kejuaraan Wimbledon dengan Nick Kyrgiosselepas membenam cabaran wakil Britain, Cameron Norrie dalam pertarungan 4 set di separuh akhir awal pagi tadi.
Bagaimanapun, kejayaan itu tidak hadir dengan mudah apabila Djokovic dipaksa bangkit daripada kekalahan set pertama sebelum menang 2-6, 6-3, 6-2, dan 6-4.
Turun dalam misi memburu gelaran Wimbledon ke-4 berturut-turut dan ketujuh dalam kariernya, Djokovic pada awalnya dilihat bergelut untuk mengatasi sorakan padu penonton terhadap Norrie.
(Djokovic bakal bertemu pemain Australia, Nick Kyrgios, esok/ AFP)
Namun, pemain nombor 3 dunia dari Serbia itu mula beraksi pada tahap sebenar di set kedua dan mendominasi permainan sehingga ke set keempat, sekali gus menyekat hajat Norrie mara ke final buat kali pertama.
Pada aksi final esok, Djokovic, 35 tahun, akan berdepan pemain Australia, Nick Kyrgios untuk memburu kejuaraan Grand Slam ke-21 dalam kariernya.
Kyrgios pula layak ke final selepas lawannya, Rafael Nadal menarik diri di separuh akhir akibat kecederaan otot. -AFP