BARRANCAS, 15 November- Pemain sayap Liverpool dan Colombia, Luis Diaz akhirnya bertemu dengan bapanya buat pertama kali sejak dibebaskan minggu lalu selepas diculik selama 12 hari oleh kumpulan gerila ELN Colombia, kata Persekutuan Bola Sepak negara itu pada Selasa.
Luis Manuel Diaz, 58 dibebaskan kumpulan gerila ELN Colombia selepas diculik kumpulan berkenaan pada 28 Oktober lalu di sini.
Pemain sayap berkenaan dilaporkan pulang menemui ahli keluarganya selepas bermain untuk Liverpool pada Ahad lalu ketika menentang Brentford sebelum bersedia bagi kempen kelayakan piala Dunia 2026 menentang Brazil pada Khamis.
Persekutuan Bola Sepak Colombia berkongsi foto yang memaparkan pertemuan penuh emosi di antara Diaz dan bapanya di X, dahulu dikenali sebagai Twitter dengan kapsyen 'kami adalah keluarga'.
Sementara itu, Bapa Diaz berkata dia tetap akan menetap di Colombia di sebalik pengalamannya diculik oleh kumpulan pemberontak.
"Saya akan tetap tinggal di bandar ini kerana saya mempunyai ramai ahli keluarga", kata Manuel di satu sidang media pada Jumaat.-REUTERS