fb fb fb fb fb

'Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge' kembali buat edisi ketiga

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri, Daniel Gooi Zi Sen (TENGAH) pada sidang media penganjuran 'Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge' di George Town hari ini

GEORGE TOWN, 21 Mei- Memasuki tahun ketiga penganjuran, acara larian 'Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge' bakal diadakan pada 13 Julai 2024 di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Pulau Pinang.

Ia mengetengahkan elemen larian santai (cultural run) dan larian kompetitif (competitive run) sambil menggalakkan para peserta memakai pakaian tradisional masing-masing bertujuan memperkenalkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri, Daniel Gooi Zi Sen berkata, acara tersebut dilihat mampu mengeratkan hubungan dan memupuk semangat kekeluargaan dalam kalangan peserta.

“Jadi kami rasakan aktiviti ini sebenarnya adalah sangat baik untuk kita memupuk lagi semangat kekeluargaan seperti Visi Penang 2030 yang sentiasa menekankan kepentingan kekeluargaan dan hubungan yang baik,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran di Bilik Jed, Aras 31, Komtar, Pulau Pinang, hari ini.

Turut dijalankan, acara 'VIP Cultural Charity Walk' yang memfokuskan golongan VVIP dari pelbagai sektor dan agensi di mana hasil penyertaan tersebut akan disumbangkan kepada pertubuhan-pertubuhan amal dan golongan yang memerlukan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE