(Nur Ain Syuhada (kiri) dan Nur Tahira Tasnim ketika ditemui di KLIA)
SEPANG, 18 Mei - Kejayaan beregu wanita petanque kebangsaan meraih pingat perak dalam Kejohanan Dunia Petanque (PEYTANG) di Karslunde, Denmark, membuktikan keupayaan atlet kebangsaan bersaing di peringkat antarabangsa.
Jelas pemain Petanque (PEYTANG) Kebangsaan, Nur Tahira Tasnim Abdul Aziz dan Nur Ain Syuhada Mohd Asri, pengorbanan mereka yang digandingkan sejak usia 11 tahun itu ternyata berbaloi.
"Jadi bila kami terpilih pergi kejohanan dunia ini, keserasian memang sudah ada sebab kita kenal dari kecil, duduk pun dekat dengan rumah jadi keserasian memang ada. Bila suatu hari nanti kita orang dipecahkan, kita boleh tiada masalah," kata Nur Tahira Tasnim.
"Tekanan itu mesti ada tetapi kena pandai kawallah, saya datang sini just target suku akhir dua-dua event, saya fikir saya boleh buat untuk lebih baik lagi sebab yakin dengan performance saya," menurut Nur Ain Syuhada.
(Nur Ain Syuhada bersama pingat dimenangi)
Mereka berdua ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam pada itu, Nur Ain Syuhada turut merangkul pingat gangsa bagi kategori perseorangan wanita.