MARSEILLE, 25 Oktober- Bekas pemain tengah Maghribi, Abdelaziz Barrada telah meninggal dunia pada usia 35 tahun, menurut Paris Saint-Germain (PSG) dan Marseille pada Khamis.
Melalui platform X, Marseille menzahirkan ucapan takziah, manakala PSG menyatakan kesedihan atas pemergian Barrada.
Dilahirkan di Perancis, Barrada memulakan kerjayanya di PSG sebelum berhijrah ke Getafe, Sepanyol.
Selepas itu, beliau bermain di Al Jazira, Abu Dhabi, sebelum kembali ke Perancis bersama Marseille pada tahun 2014.
Barrada bermain 28 kali untuk pasukan kebangsaan Maghribi antara tahun 2012 hingga 2015, menjaringkan empat gol, termasuk satu gol ketika Sukan Olimpik 2012 di London. - AFP