ISTANBUL, 29 Januari- Kelab Bundesliga, Bayern Munich telah menandatangani kontrak bersama Sacha Boey dari Galatasaray dengan kontrak sehingga 2028.
Bekas pemain antarabangsa remaja Perancis berusia 23 tahun itu telah menyertai Galatasaray dengan kontrak empat tahun pada 2021 dari Stade Rennais.
Namun, tiada butiran kewangan mengenai perpindahan ke Bayern tetapi media Jerman melaporkan ia bernilai kira-kira 30 juta euro.
Bayern Munich telah bergelut dengan senarai kecederaan pemain yang semakin meningkat termasuk Dayot Upamecano dan Konrad Laimer, yang cedera dalam kemenangan ke atas Union Berlin.
Pemain tengahnya, Joshua Kimmich juga cedera dalam perlawanan berkenaan manakala Kim Min-jae dan Noussair Mazraoui sedang beraksi di peringkat antarabangsa mewakili negara masing-masing.- AFP