fb fb fb fb fb

AUG 2022: Cheong Min bukti kemampuan, raih pingat emas Nanquan

UBON RATCHATHANI, THAILAND, 5 Ogos- Olahragawati kebangsaan, Tan Cheong Min menambah koleksi pingat buat kontinjen negara dalam Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022 selepas meraih emas menerusi acara Nanquan Wanita.

Lebih manis itu juga adalah pingat pertama diraih atlet berusia 24 tahun itu dalam tempoh dua tahun ini.

Dalam saingan tersebut Cheong Min berjaya meraih catatan tertinggi, 9.55 mata selepas memperagakan aksi terbaik sekali gus menewaskan wakil Singapura di tempat kedua dan Myanmar ketiga.

Olahragawati 2019/2020 itu mengakui tahap kejohanan wushu di AUG ini juga tinggi jika dibandingkan dengan temasya sukan lain.

"Walaupun AUG negara yang menyertai sikit sahaja tapi dalam acara wushu punya 'level' pun tinggi juga, jadi macam hari ni, menang pingat ini saya rasa, semua punya 'level' itu sudah naik, jadi pingat emas ni juga misi saya untuk buat lebih baik lagi," katanya.


(Cheong Min ketika diwawancara pemberita)

Kejayaan itu juga berjaya memperbaiki rekodnya pada 2018 di Myanmar dalam acara sama yang menyaksikan beliau meraih pingat perak.

Media Baharu