fb fb fb fb fb

ACLE: JDT waspada berdepan Ulsan HD FC, esok

Foto FB JOHOR Southern Tigers

ISKANDAR PUTERI, 4 November- Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak memandang mudah cabaran pasukan Korea Selatan, Ulsan HD FC, menjelang aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), esok.

Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio berkata beraksi dilaman sendiri memberi kelebihan, namun pihak lawan juga berupaya melakar kejutan. 

Kedua-dua pasukan menyasarkan kemenangan, selepas masing-masing tewas untuk mengutip mata dalam perlawanan lalu.

"Ulsan HD adalah pasukan yang kuat dan mempunyai pemain yang bagus. Saya tidak nampak isu dengan jurulatih mereka walaupun merupakan bekas jurulatih kebangsaan kita.

Fokus saya adalah pada pasukan sendiri dan terus berkembang, saya perlu bekerja untuk meningkatkan kemahiran individu pemain," kata Bidoglio kepada pemberita, hari ini.

"Saya tahu apa yang JDT lakukan dalam tiga perlawanan terakhir adalah sangat baik. Prestasi mereka cemerlang dengan menampilkan aksi kompetitif dan kuat.

Saya rasa tiada ruang untuk kami berundur dalam perlawanan ini. Kami mahu memberikan permainan yang terbaik dan akan lakukan yang terbaik," kata Kim Pan Gon kepada pemberita.

Sementara itu, Pan Gon yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan, menyifatkan pemain sayap, Arif Aiman Hanapi, sebagai senjata ampuh pasukan Harimau Selatan yang harus diberi perhatian serius. 

"Arif Aiman menunjukkan prestasi cemerlang dalam dua perlawanan terakhir. Dia memiliki sentuhan tajam dalam menjaringkan gol-gol hebat. Sebagai sebahagian daripada skuad kebangsaan Malaysia, dia telah banyak berkembang.

Arif kini bermain dengan keyakinan tinggi dan semakin matang dari masa ke masa. Tidak lama lagi, dia berpotensi menjadi pemain terbaik di Asia. Semoga semua pihak akan terus menyokongnya," tambah Pan Gon.

Aksi bakal berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM