EPL: City kembali catat kemenangan, atasi Wolves 2-0

Pemain Manchester City, Omar Marmoush meraikan jaringan pertama pasukannya ketika menentang Wolves di Stadium Etihad/Foto REUTERS

LONDON, 25 Januari – Manchester City mudah mengatasi Wolves 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad malam tadi, sekali gus menamatkan kemarau empat perlawanan tanpa kemenangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Manchester City menang 2-0 ke atas Wolves di Stadium Etihad untuk menamatkan empat perlawanan tanpa kemenangan.
  • Erling Haaland diketepikan daripada kesebelasan utama berikutan prestasi hambar sebelum ini.
  • Marc Guehi membuat penampilan sulung untuk City selepas berpindah dari Crystal Palace.
  • Gol oleh Omar Marmoush dan Antoine Semenyo memastikan City mengumpul 46 mata, kekal di belakang Arsenal.

Pasukan kendalian Pep Guardiola bangkit selepas kekalahan 1-3 kepada Bodo/Glimt dalam saingan Liga Juara Eropah (UCL) sebelum ini.

Pada saingan malam tadi, penyerang utama, Erling Haaland diketepikan susulan prestasi hambar.

Di benteng pertahanan, City menerima suntikan baharu apabila Marc Guehi membuat penampilan sulung selepas menyertai kelab itu dari Crystal Palace.

Skuad kendalian Pep Guardiola membuka jaringan pada minit keenam menerusi Omar Marmoush hasil hantaran Matheus Nunes.

Kelebihan itu digandakan sebelum rehat apabila Antoine Semenyo menjaringkan gol kedua yang juga jaringan ketiganya sejak menyertai City.

Kemenangan menyaksikan skuad The Citizen mengumpul 46 mata, empat mata di belakang Arsenal yang bakal menentang Manchester United pada Ahad.

Sementara itu, Wolves kekal di tangga tercorot liga dan semakin hampir tersingkir meskipun menunjukkan peningkatan prestasi kebelakangan ini. – AFP