APG 2025: Jia Xuan raih perak acara renang

Foto RTM

THAILAND, 21 Januari Perenang wanita para negara, Ong Jia Xuan menghadiahkan pingat perak kepada kontinjen Malaysia dalam acara akhir 100 meter gaya dada kelas SB9, di pentas Sukan Para ASEAN (APG) 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Ong Jia Xuan raih pingat perak acara 100m gaya dada kelas SB9 untuk Malaysia.
  • Jia Xuan catat masa 1:32.99, di belakang pemenang emas dari Indonesia.
  • Wakil Thailand meraih gangsa; dua atlet Vietnam turut menyertai akhir.
  • Kejayaan menambah koleksi pingat Malaysia dalam acara renang para APG 2025.

Jia Xuan menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 1 minit 32.99 saat, di belakang wakil Indonesia, Harsanto Mutiara Cantik, yang meraih emas dengan masa 1 minit 29.86 saat.

Gangsa menjadi milik wakil Thailand, Kangpila Monruedee, yang mencatat masa 1 minit 34.97 saat, manakala dua lagi peserta dari Vietnam, Le Thi Tram dan Ho Thi Loan, melengkapkan saingan akhir.

Kejayaan itu menambah koleksi pingat Malaysia dalam acara renang para pada temasya berkenaan.