
BALING, 21 Januari – Sebuah bas henti-henti yang diparkir di tepi jalan berhampiran ,di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.
- Tiada pemandu atau penumpang berada dalam bas ketika kebakaran berlaku.
- Api merebak cepat disebabkan cuaca panas dan keadaan bas yang sudah lama.
- Operasi pemadaman melibatkan beberapa pasukan tamat pada 11.53 pagi; punca dan kerugian masih disiasat.
Ketua Polis Daerah Baling Superintenden Brandon Richard Joe dalam kenyataan memaklumkan, tiada pemandu dan penumpang dilaporkan berada dalam bas terbabit ketika kejadian.
“Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10 pagi dengan bas mengalami kebakaran keseluruhan dan siasatan masih dilakukan pihak bomba,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada pukul 10.04 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati api sedang marak dan operasi pemadaman dilakukan dengan segera. Faktor cuaca panas dan keadaan bas yang sudah lama itu menyebabkan api merebak dengan cepat,” katanya.
Operasi yang dibantu pasukan BBP Sik dan Pasukan Bomba Sukarela Kuala Pegang tamat pada pukul 11.53 pagi, manakala punca dan kerugian masih dalam siasatan.