
KOTA TINGGI, 13 Januari – Seorang jurulatih bola sepak bertauliah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes cabul dan liwat membabitkan seorang remaja lelaki.
RINGKASAN BERITA AI
- Suspek ditahan pada 9 Januari berhubung dakwaan cabul dan liwat remaja lelaki.
- Mangsa berusia 15 tahun dan merupakan jiran kepada suspek.
- Kejadian dipercayai berlaku di sebuah pondok berhadapan rumah suspek di Kampung Gembut.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, suspek berusia lingkungan 50-an ditahan pada 9 Januari lalu.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku sehari sebelumnya di Kampung Gembut, Tanjung Sedili.
“Siasatan awal mendapati mangsa berusia 15 tahun dan merupakan jiran kepada suspek.
Perbuatan itu dipercayai dilakukan di sebuah pondok yang terletak berhadapan rumah suspek,” katanya dalam satu kenyataan
Kes disiasat bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.