
GAZA, 13 Januari- Sekurang-kurangnya empat penduduk Gaza maut sejak malam Isnin dalam runtuhan bangunan susulan cuaca buruk.
- Empat penduduk Gaza maut akibat runtuhan bangunan ketika ribut kuat.
- Bangunan itu sudah rapuh hasil serangan udara Israel sebelum ini.
- Korban termasuk seorang warga emas, seorang kanak-kanak dan dua wanita.
- Ribut menambah derita ratusan ribu penduduk yang tinggal di khemah.
Menurut Pertahanan Awam Palestin, bangunan itu berada dalam keadaan tidak kukuh akibat serangan udara Israel sebelum ini sebelum runtuh dibadai ribut kuat.
Mangsa adalah seorang warga emas, seorang kanak-kanak dan dua wanita, manakala beberapa lagi cedera dalam kejadian berasingan.
Ribut berkenaan memburukkan lagi keadaan ratusan ribu penduduk Palestin yang terpaksa berpindah dan tinggal di khemah-khemah seluruh Gaza.
Tentera Israel telah membunuh lebih 71,000 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak serta mencederakan lebih 171,000 orang dalam tindakan genosid sejak Oktober 2023.
Walaupun gencatan senjata bermula pada 10 Oktober 2025, tentera Israel terus menyerang, membunuh 424 Palestin dan mencederakan 1,189 lagi, menurut Kementerian Kesihatan Gaza. -Reuters