fb fb fb fb fb

Apa itu RSS?

RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini.

Apa itu RssReader?

RssReader adalah satu program yang membolehkan anda menerima berita atau maklumat dari halaman web yang menyokong aplikasi RSS terus ke desktop anda. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RssReader, sila ke halaman ini http://www.rssreader.com/ 

RSS di Portal Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM)

Kemudahan aplikasi RSS ini disediakan khas untuk kegunaan pengguna Portal Berita RTM bagi mendapatkan info terkini berkenaan dengan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh RTM. Melalui kemudahan aplikasi ini diharap agar RTM dapat menyalurkan maklumat terkini daripada Portal Berita RTM dengan lebih pantas dan berkesan. Melalui RSS Feeds ini juga:

  1. Anda boleh memilih untuk membaca berita yang anda inginkan dan relevan dengan kehendak
  2. Anda secara tidak langsung mendapat informasi yang boleh dipercayai dan mencegah daripada informasi yang tidak di inginkan (Spam)
  3. Anda dapat mengetahui maklumat terkini mengenai RTM dengan lebih cepat dan berkesan
  4. Berita atau maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini tanpa perlu melayari laman ini
Bil Kategori
1 Berita Ekonomi
2 Berita Dunia
3 Berita Jenayah
4 Berita Sukan
5 Berita Hiburan
6 Pilihan Raya
7 Kolumnis
8 Pakej Berita
9 BES+
10 Ulasan Berita