Pembiayaan khas BARAKAT dan BERKAT sempena
Ramadan dan Tahun Baharu Cina

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 10 Februari – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui TEKUN Nasional dan SME Corp. Malaysia mengumumkan dua program pembiayaan khas bagi memperkukuh akses pembiayaan kepada usahawan mikro di seluruh negara, menjelang sambutan dua perayaan utama. 

Program pembiayaan itu merangkumi Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) berjumlah RM50 juta sempena kehadiran bulan Ramadan oleh TEKUN serta Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) bernilai RM30 juta sempena Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan oleh SME Corp.

Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT)

Pelaksanaan kedua-dua inisiatif ini mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam membantu golongan peniaga kecil dan usahawan mikro, khususnya dalam menghadapi keperluan modal tambahan semasa tempoh permintaan tinggi sepanjang musim perayaan. Ia juga selari dengan strategi ABCD yang diperkenalkan KUSKOP bagi memastikan akses kepada pembiayaan dapat disediakan secara lebih mudah dan bersasar.

Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT)

Menerusit program BARAKAT, TEKUN menyediakan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan kadar keuntungan 3% setahun serta tempoh pembiayaan sehingga 12 bulan. Ini bakal memberi manfaat kepada para peniaga dan penjaja kecil dalam sektor makanan dan minuman, pakaian serta barangan keperluan bagi menyokong aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT)

Sementara itu, Program BERKAT yang diuruskan oleh SME Corp menawarkan pembiayaan sehingga RM30,000 dengan kadar keuntungan 3% setahun. Program itu terbuka kepada perusahaan mikro milikan Cina dan pembiayaan akan disalurkan melalui platform Peer-to-Peer (P2P) CapBay yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Skim Biaya Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT)

KUSKOP yakin bahawa akses pembiayaan yang lebih luas dan bersasar ini akan membantu usahawan mikro menjana pendapatan, mengekalkan kelangsungan perniagaan serta memanfaatkan peluang ekonomi sepanjang bulan Ramadan dan musim perayaan.

Maklumat lanjut mengenai kedua-dua program pembiayaan ini boleh diperoleh melalui saluran rasmi TEKUN Nasional dan SME Corp. Malaysia, seperti berikut.

Skim BARAKAT (TEKUN Nasional)

Layari https://www.tekun.gov.my/skim-biaya-ramadan-perniagaan-rakyat-barakat/, saluran media sosial rasmi TEKUN atau kunjungi pejabat TEKUN Nasional

Skim BERKAT (SME Corp. Malaysia)

https://capbay.com/smecorp-BERKAT, saluran media sosial rasmi SME Corp atau berkunjung ke Hab PMKS