
KUALA LUMPUR, 6 Mac – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 27 Februari 2026 berjumlah AS$128.3 bilion.
RINGKASAN BERITA AI
- Jumlah rizab meningkat berbanding AS$127.9 bilion pada 13 Februari 2026.
- Rizab memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan.
- Rizab mencukupi sebanyak 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
- Komponen utama: rizab mata wang asing AS$112.5 bilion, IMF AS$1.3 bilion, SDR AS$6.0 bilion, emas AS$6.1 bilion dan aset rizab lain AS$2.4 bilion.
Bank pusat dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu meningkat berbanding AS$127.9 bilion pada 13 Februari 2026.
”Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
”Komponen utama rizab merangkumi rizab mata wang asing sebanyak AS$112.5 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) berjumlah AS$1.3 bilion dan Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$6.0 bilion,” menurut kenyataan tersebut.
Selain itu, emas dan aset rizab lain masing-masing berjumlah AS$6.1 bilion dan AS$2.4 bilion.