NACRA ke-36 fokus akauntabiliti, pelaporan kemampanan korporat

Ong Chee Wai

KUALA LUMPUR, 1 April – Bursa Malaysia Berhad bersama Institut Akauntan Malaysian (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) berkolaborasi menganjurkan Anugerah Laporan Tahunan Korporat Kebangsaan (NACRA) ke-36 bertemakan ‘Ke Arah Akauntabiliti dan Kecemerlangan’.

RINGKASAN BERITA AI
  • Penekanan pada laporan tahunan berkualiti tinggi untuk memperkukuh ketelusan, membina kepercayaan dan menyokong integriti pasaran modal.
  • Komitmen NACRA memastikan rangka penilaian kekal relevan dan berpandangan ke hadapan selaras piawaian global dan perkembangan kawal selia.
  • Pelaporan kemampanan semakin penting dalam pendedahan korporat; kategori Anugerah Pelaporan Kemampanan Terbaik kekal sebagai pengiktirafan utama.
  • NACRA 2026 dibuka kepada semua entiti berdaftar di Malaysia termasuk tersenarai dan tidak tersenarai; tutup penyertaan 30 Jun.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur NACRA, Ong Chee Wai berkata, anugerah itu menekankan kepentingan laporan tahunan berkualiti tinggi dalam memperkukuh ketelusan, membina kepercayaan serta menyokong integriti pasaran modal.

”NACRA komited memastikan rangka kerja penilaiannya kekal relevan dan berpandangan ke hadapan, selaras dengan piawaian global, perkembangan kawal selia serta jangkaan pihak berkepentingan yang semakin berkembang.

”Seiring perkembangan global, pelaporan kemampanan juga memainkan peranan yang semakin penting dalam membentuk pendedahan korporat,” katanya dalam majlis pelancaran secara maya Anugerah Laporan Tahunan Korporat Kebangsaan (NACRA) ke-36.

Anugerah Pelaporan Kemampanan Terbaik kekal sebagai kategori utama bagi mengiktiraf organisasi yang menunjukkan kepimpinan dalam bidang berkenaan.

NACRA 2026 terbuka kepada semua syarikat yang diperbadankan atau berdaftar di Malaysia, termasuk entiti tersenarai dan tidak tersenarai, sektor awam serta organisasi lain. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun ini melibatkan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 2025.