Kerjasama Batik Air dan ERL, tawar kemudahan penumpang kelas perniagaan

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – Batik Air menjalin kerjasama dengan Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL) bagi menawarkan kemudahan dan keistimewaan tambahan kepada penumpang kelas perniagaan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Batik Air bekerjasama dengan ERL menawarkan diskaun sehingga 25% untuk tiket Business Class Flexi melalui KLIA Ekspres.
  • Kerjasama memudahkan perjalanan lancar antara KL Sentral dan KLIA, dengan masa perjalanan sekitar 28 minit.
  • Penumpang kelas perniagaan mendapat keutamaan daftar masuk, elaun bagasi lebih besar dan penjadualan semula fleksibel.
  • Akses ke ruang istirahat eksklusif disediakan sebagai sebahagian daripada keistimewaan bagi pelanggan Business Class.
  • Daftar masuk dan serahan bagasi boleh dilakukan di KL Sentral sebelum menaiki KLIA Ekspres, menjimatkan masa.

Melalui kerjasama ini, Batik Air menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang bekerjasama dengan ERL untuk menawarkan diskaun sehingga 25 peratus bagi tiket Business Class Flexi melalui perkhidmatan KLIA Ekspres.

Dalam kenyataan syarikat penerbangan itu berkata, kerjasama ini memberi pengalaman perjalanan yang lebih lancar antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hanya dalam masa 28 minit.

Penumpang turut menikmati kelebihan seperti keutamaan daftar masuk, elaun bagasi lebih besar, pilihan penjadualan semula fleksibel dan akses ke ruang istirahat eksklusif.

Selain itu, penumpang juga boleh daftar masuk terus di KL Sentral dengan kemudahan serahan bagasi sebelum menaiki KLIA Ekspres.

Inisiatif ini menyokong usaha Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menyediakan perjalanan ke lapangan terbang yang lebih mudah dan menjimatkan masa.