Kerjasama Al Rajhi Bank dan SJKP mudahkan pembeli rumah pertama

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 28 Januari-alrajhi bank Malaysia bekerjasama dengan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi menawarkan pembiayaan perumahan disokong kerajaan untuk membantu pembeli rumah pertama, khususnya golongan bekerja sendiri dan berpendapatan tidak tetap.

RINGKASAN BERITA AI
  • Al Rajhi Bank dan SJKP bekerjasama tawarkan pembiayaan perumahan disokong kerajaan untuk pembeli rumah pertama.
  • Margin pembiayaan sehingga 110% bagi had RM500,000 melalui Commodity Murabahah, sesuai untuk pemohon tanpa slip gaji.
  • Inisiatif sokong pekerja gig dan pendapatan tidak tetap, meluaskan akses pemilikan rumah negara.

Kerjasama strategik itu susulan pengukuhan Skim Jaminan Kredit Perumahan dalam Belanjawan 2026, dengan tambahan peruntukan jaminan RM10 bilion bagi menyokong sehingga 80,000 lagi pembeli rumah pertama di seluruh negara.

Melalui skim itu, bank menawarkan margin pembiayaan sehingga 110 peratus dengan had RM500,000 berasaskan Commodity Murabahah (Tawarruq), selain lebih fleksibel untuk pemohon tanpa slip gaji atau penyata KWSP.

Ketua Pegawai Eksekutif institusi kewangan ini, Syahrul Ishak berkata inisiatif itu selari dengan perubahan pasaran pekerjaan, apabila semakin ramai rakyat Malaysia terlibat dalam ekonomi gig dan pekerjaan tidak formal, sekali gus memerlukan laluan pembiayaan yang lebih inklusif.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi SJKP, Juanita Rusmini berkata kerjasama ini menyokong aspirasi kerajaan memperluas akses pemilikan rumah, dengan SJKP setakat akhir 2025 meluluskan jaminan pembiayaan kira-kira RM25 bilion melibatkan lebih 100,000 pelanggan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan