
KUALA LUMPUR, 24 Januari -Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang berterusan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Operasi BNM menyerap lebihan tunai melalui repo berbalik dan tender repo berbalik Islam setiap hari.
- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan berikutan operasi tersebut.
- Lebihan mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM36.29 bilion minggu ini.
- Lebihan mudah tunai sistem Islam susut kepada RM20.70 bilion setakat minggu ini.
Minggu ini, bank pusat itu menjalankan operasi setiap hari melalui repo berbalik dan tender repo berbalik Islam untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Pada asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM36.29 bilion pada Jumaat berbanding RM26.50 bilion yang dicatatkan dalam minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam susut kepada RM20.70 bilion daripada RM28.40 bilion sebelumnya.
Setakat 21 Jan 2026, Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus. – BERNAMA