Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh disokong operasi BNM

Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR, 21 Januari – Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil pada Rabu, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai untuk mengekalkan kestabilan kadar jangka pendek.
  • BNM menawarkan dua tender repo berbalik RM1 bilion (7 hari) dan RM1.5 bilion (33 hari).
  • Pelbagai kemudahan kecairan disediakan termasuk repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan murabahah komoditi.

Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan berjumlah RM38.26 bilion manakala dalam sistem Islam pula sebanyak RM21.25 bilion.

Hari ini, BNM akan menawarkan dua tender repo berbalik masing-masing bernilai RM1 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion bagi 33 hari.

Bank pusat juga mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik, serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh matang satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender semalaman konvensional RM40.8 bilion dan tender semalaman Murabahah bagi RM21.7 bilion.- BERNAMA

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan