
KUALA LUMPUR, 13 April -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai dianggarkan RM39 bilion (konvensional) dan RM25 bilion (dana Islam).
- Tender repo berbalik konvensional bernilai RM2.5 bilion untuk tujuh hari.
- Tender repo berbalik Islam RM500 juta tujuh hari dan Murabahah Komoditi Bercagar RM500 juta 30 hari.
- Pada 4 petang BNM jalankan tender semalaman sehingga RM41.5 bilion (konvensional) dan RM26 bilion (Murabahah).
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM39 bilion dalam pasaran konvensional dan RM25 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM2.5 bilion untuk tujuh hari, tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM500 juta untuk 30 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM41.5 bilion dan RM26 bilion dalam tender semalaman Murabahah. – BERNAMA