
KUALA LUMPUR, 16 Februari – Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- BNM menyerap lebihan mudah tunai untuk mengekalkan kestabilan kadar jangka pendek hari ini.
- Lebihan mudah tunai dianggarkan RM32.58 bilion (konvensional) dan RM17.89 bilion (Islam).
- BNM mengadakan tiga tender repo berbalik: RM500 juta (7 hari), RM1 bilion (28 hari) dan RM1 bilion (91 hari).
- Tender semalaman dijalankan pada 4 petang: sehingga RM35.1 bilion (konvensional) dan RM18.9 bilion (Murabahah).
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM32.58 bilion dalam pasaran konvensional dan RM17.89 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik terdiri daripada RM500 juta untuk tujuh hari dan RM1 bilion, masing-masing untuk 28 hari dan 91 hari.
Ia turut menawarkan tender repo berbalik Islam bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.1 bilion dan RM18.9 bilion dalam tender semalaman Murabahah.- BERNAMA