
KUALA LUMPUR, 4 Februari- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
- BNM menjalankan beberapa tender repo berbalik konvensional dan Islam bagi tempoh tujuh, 28 dan 89 hari.
- Bank pusat sediakan juga kemudahan repo berbalik, perjanjian jual beli balik dan Murabahah Komoditi Bercagar.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM34.10 bilion dalam pasaran konvensional dan RM21.41 bilion dalam dana Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan tiga tender repo berbalik: RM500 juta untuk tujuh hari, RM1.5 bilion untuk 28 hari dan RM1.0 bilion untuk 89 hari.
BNM turut menjalankan tender repo berbalik Islam bernilai RM500 juta untuk tujuh hari.
Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM37.1 bilion dan RM21.9 bilion dalam tender semalaman Murabahah. -BERNAMA