
KUALA LUMPUR, 31 Januari- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) terus menyerap lebih mudah tunai daripada sistem kewangan.
- Operasi BNM menerusi tender repo berbalik dan repo berbalik Islam terus menyerap lebihan tunai dari sistem kewangan.
- Lebihan mudah tunai sistem konvensional turun minggu ini, menunjukkan kesan penyelenggaraan likuiditi BNM.
- Lebihan tunai sistem Islam kekal tidak berubah, menandakan kestabilan dalam aliran kewangan Islam.
Pada minggu ini, bank pusat melaksanakan operasi harian menerusi tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.
Bagi asas mingguan, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional berkurang kepada RM31.40 bilion pada Jumaat, berbanding RM36.29 bilion pada minggu sebelumnya.
Bagaimanapun, lebihan mudah tunai dalam sistem Islam kekal tidak berubah pada RM20.70 bilion seperti minggu sebelumnya.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.74 peratus setakat 29 Januari 2026. -BERNAMA