
KUALA LUMPUR, 30 Mac- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Lebihan mudah tunai sistem konvensional susut kepada RM42.0 bilion daripada RM44.98 bilion pagi ini.
- Kecairan dana Islam menurun kepada RM18.20 bilion berbanding RM20.31 bilion sebelumnya.
- Pada 4.00 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM42.0 bilion dan Murabahah RM18.2 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.
- Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 27 Mac 2026.
Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional jatuh kepada RM42.0 bilion daripada RM44.98 bilion pagi ini, manakala kecairan dalam dana Islam susut kepada RM18.20 bilion berbanding RM20.31 bilion sebelumnya.
Sebelum itu, bank pusat tersebut telah mengeluarkan tender repo terbalik.
Pada 4.00 petang, BNM melaksanakan tender pasaran wang konvensional sebanyak RM42.0 bilion dan tender pasaran wang Murabahah berjumlah RM18.2 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.76 peratus setakat 27 Mac 2026. -BERNAMA