
KUALA LUMPUR, 5 Januari – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
RINGKASAN BERITA AI
- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM menyerap lebihan mudah tunai.
- BNM mengadakan dua tender pasaran wang satu hari: konvensional dan Murabahah bagi menyelaraskan kecairan.
- Mudah tunai konvensional turun kepada RM32.90 bilion; dana Islam meningkat kepada RM24.80 bilion.
Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM32.90 bilion daripada RM36.40 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dalam dana Islam meningkat kepada RM24.80 bilion daripada RM22.82 bilion sebelum ini.
Terdahulu hari ini, bank pusat itu mengeluarkan dua tender repo berbalik.
Pada 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM32.90 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM24.80 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.
Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 2.75 peratus setakat 2 Jan, 2026. -BERNAMA