CIMB semak naik unjuran KDNK 2026 kepada 4.5%, cerminkan momentum kukuh

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 Februari – CIMB Treasury and Markets Research menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 kepada 4.5 peratus berbanding 4.4 peratus sebelum ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • CIMB naikkan unjuran KDNK 2026 kepada 4.5% mencerminkan momentum kukuh pada suku pertama 2026.
  • KDNK suku keempat 2025 berkembang 6.3% tahun ke tahun, melebihi anggaran awal dan ramalan optimis.
  • Peningkatan didorong terutamanya oleh pertumbuhan lebih kukuh dalam sektor perkhidmatan.
  • CIMB kekalkan OPR pada 2.75% untuk 2026 kerana inflasi dijangka kekal di bawah 2%, tetapi bersedia kaji semula jika tekanan naik.

Semakan semula itu mencerminkan momentum yang lebih kukuh untuk suku pertama 2026, diimbangi oleh kesan asas yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini.

Firma itu dalam nota penyelidikannya memaklumkan, KDNK sebenar bagi suku keempat 2025 yang berkembang sebanyak 6.3 peratus tahun ke tahun, telah mengatasi anggaran awal 5.7 peratus serta menjangkaui unjuran paling optimistik pada 6.0 peratus.

“Prestasi luar biasa KDNK yang melebihi anggaran awal didorong terutamanya oleh pertumbuhan lebih kukuh dalam sektor perkhidmatan.

“Secara keseluruhan, 2025 mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 5.2 peratus, meningkat daripada 5.1 peratus yang direkodkan pada 2024,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, firma tersebut mengekalkan jangkaan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026, disokong oleh prospek inflasi yang sederhana.

CIMB Treasury and Markets Research menambah, kadar inflasi yang diunjur kekal di bawah 2 peratus pada 2026 memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan OPR pada paras semasa.

Tambah CIMB Treasury and Markets Research, inflasi yang dijangka kekal di bawah dua peratus pada 2026 memberi ruang kepada Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan OPR pada paras semasa.

Bagaimanapun, pendirian itu mungkin dikaji semula sekiranya berlaku tekanan inflasi akibat permintaan yang lebih tinggi dan berterusan.