
KUALA LUMPUR, 13 Februari- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan manakala kebimbangan terhadap saham teknologi global terus menjejaskan sentimen dan selera risiko pelabur.
- FBM KLCI ditutup lebih rendah susulan pelabur merealisasikan keuntungan sebelum cuti Tahun Baharu Cina.
- Kebimbangan terhadap saham teknologi AS dan penilaian AI menjejaskan selera risiko pelabur serantau.
- Lebih banyak kaunter rugi berbanding untung; jumlah dagangan dan nilai dagangan berkurang berbanding semalam.
- Sektor perkhidmatan kewangan mengecut ketara manakala perladangan dan tenaga menunjukkan prestasi berbeza.
Pada 5.00 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 11.31 mata atau 0.65 peratus kepada 1,739.54 daripada 1,750.85 semasa ditutup pada Khamis.
Indeks itu dibuka rendah 2.96 kepada 1,747.89 dan bergerak antara 1,738.94 dan 1,751.38 semasa sesi dagangan itu.
Di pasaran secara menyeluruh, sebanyak 709 kaunter rugi mengatasi 407 kaunter untung manakala 538 kaunter tidak berubah, 1,083 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan berkurangan kepada 2.43 bilion unit bernilai RM2.6 bilion daripada 2.57 bilion unit bernilai RM2.79 bilion semalam.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata FBM KLCI ditutup lebih rendah apabila pelabur terus mengambil keuntungan susulan kenaikan baru-baru ini.
“Indeks utama serantau turut menunjukkan trend penurunan berikutan saham teknologi Amerika Syarikat yang menyusut semalaman disebabkan kebimbangan terkini mengenai penilaian syarikat kecerdasan buatan yang telah menjejaskan selera risiko.
“Penyusutan pasaran berlaku selepas kenaikan yang kukuh pada awal minggu ini, didorong oleh keyakinan terhadap kecerdasan buatan dan pendapatan korporat yang teguh,” katanya kepada Bernama.
Bagi bursa tempatan, Thong berkata indeks petunjuk pasaran telah menyusut selepas mencapai paras tertinggi baru-baru ini.
Kebanyakan indeks utama serantau rendah setakat ini dengan Indeks Hang Seng menyusut 1.72 peratus kepada 26,567.12, Nikkei 225 Jepun rendah 1.21 peratus kepada 56,941.97 dan Indeks Straits Times Singapura merosot 1.65 peratus kepada 4,394.03 manakala Indeks Komposit Kospi Korea Selatan susut 0.28 peratus kepada 5,507.01.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing rendah lapan sen kepada RM12.06 dan RM13.96, CIMB susut tujuh sen kepada RM8.46, Public Bank berkurangan sembilan sen kepada RM5.04 manakala IHH menambah 10 sen kepada RM8.83.
Bagi saham paling aktif, Zen Tech susut setengah sen kepada setengah sen, Zetrix AI turun dua sen kepada 80 sen, Hock Soon yang baru disenaraikan di Pasaran Utama rendah empat sen kepada 56 sen dan Tanco naik tiga sen kepada RM1.41.
United Plantations dan Hong Leong Industries adalah kaunter paling untung apabila masing-masing meningkat 56 sen dan 36 sen kepada RM30.18 dan RM18.98.
Bagi kaunter paling rugi, Nestle susut RM1.60 kepada RM109.00, Malaysian Pacific Industries turun RM1.22 kepada RM29.78, Hong Leong Financial dan Hong Leong Group masing-masing merosot 58 sen kepada RM22.10 dan RM24.12 manakala Allianz rendah 48 sen kepada RM22.50.
Di papan indeks, Indeks FBM Top 100 susut 66.08 mata kepada 12,564.81, Indeks FBM Emas turun 67.24 mata kepada 12,738.20, Indeks FBM Emas Shariah merosot 39.63 mata kepada 12,222.01,Indeks FBM Mid 70 berkurangan 21.95 mata kepada 17,569.67 dan Indeks FBM ACE susut 34.08 mata kepada 4,741.05.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 238.99 mata kepada 21,523.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian rendah 1.65 mata kepada 175.08, dan Indeks Tenaga meningkat 0.15 mata kepada 751.10 manakala Indeks Perladangan menambah 21.9 mata kepada 8,376.93.
Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.32 bilion unit bernilai RM2.39 bilion daripada 1.45 bilion unit bernilai RM2.51 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 640.31 juta unit bernilai RM64.46 juta daripada 620.26 juta unit bernilai RM71.28 juta sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 467.48 juta unit bernilai RM140.40 juta daripada 500.07 juta unit bernilai RM206.99 juta semalam
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 257.33 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (220.09 juta), pembinaan (131.14 juta), teknologi (184.32 juta), perkhidmatan kewangan (103.83 juta), hartanah (144.98 juta), perladangan (35.48 juta), amanah pelaburan hartanah (22.53 juta), dana tertutup (5,600), tenaga (52.92 juta), penjagaan kesihatan (77.59 juta), telekomunikasi dan media (40.82 juta), pengangkutan dan logistik (25.68 juta), utiliti (27.64 juta), dan amanah perniagaan (438,900). -BERNAMA