fb fb fb fb fb

Zuki Ali dahului senarai 189 penerima Pingat Peringatan Jubli Intan Sarawak

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali menerima Pingat Peringatan Jubli Intan hari ini

KUCHING, 4 Julai - Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali mendahului senarai penerima Pingat Peringatan Jubli Intan bersempena 60 Tahun Sarawak Merdeka dalam majlis penganugerahan yang diadakan di Dewan Santapan Dewan Undangan Negeri, Sarawak di sini hari ini.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, antara enam daripada penerima Pingat Peringatan Cemerlang Jubli Intan, Emas yang disampaikan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Turut menerima pingat itu Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya, bekas Setiausaha Kewangan Negeri Datuk Chin Jiew Bui dan Atlet Paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin.

Sementara itu, 184 individu dianugerahkan Pingat Peringatan Bakti Jubli Intan, Perak antara mereka adalah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Hii Chang Kee, Turut dikurniakan pingat serupa, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Dato Lo Khere Chiang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tebedu, Dr Simon Sinang Bada.

Pingat peringatan itu turut dianugerahkan kepada bekas Timbalan Menteri KerjaRaya, Datuk Yong Khoon Seng, bekas menteri-menteri kabinet Sarawak, Datuk Peter Nansian Ngusie, Datuk Naroden Majais dan Datuk Abang Abdul Rauf Abang Zen.

Jumlah keseluruhan individu yang menerima pingat peringatan itu adalah sebanyak 189 orang dari seluruh negara.

GRACE AISYAH KEDAYAN